Monday, 9 July 2012

Resepi - Kek Puding Karamel

Assalamualaikum :) 

Hai semua , hihi :D . Hari ni tak tau mau update pasal apa , bosan punya bosan , aku godek-godek google dan aku terjumpa resepi , iaitu *jengjengjeng KEK PUDING KARAMEL :D . Wahhhh , nama kek tu pun dah membuatkan aku berasa lapar , hihi :) . Sedapnyaaaa *blum buat lagi , tp tau dah rasanya memang sedap , 'pandai-pandai' jak . hihih . Ok, tanpa membuang masa jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuat kek puding karamel *nyumnyummmm :P .

Bahan-bahan (20cm)

Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
Sedikit esen vanila

Kek Span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega - dicairkan

Cara-cara

1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.

2.SEDIAKAN KARAMEL- campurkan gula dengan 1 sudu besar air , panaskan hingga menjadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api, tuangkan semasa panas-panas ke dalam loyang.



3.SEDIAKAN PUDING - panaskan susu dan gula hingga menjadi hancur dan padamkan api.

4.Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuang susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.

5.Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

6.SEDIAKAN KEK SPAN - asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang. 

7.Pukul pula telur kuning dengan separuh gula sehingga menjadi bentuk krim.

8.Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul perlahan-lahan sehingga sebati.

9.Ayak tepung ke dalam no.8. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

10.Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)

12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Inilah hasilnya . sedap laaa :D  
Selamat mencuba :)

sumber;myresipi

✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

15 comments:

  1. wahhh wahhh :D maw try ohh nanti :D

    ReplyDelete
  2. nampak simple tapi takut sgt nak try. bab buat pastry ni hancuss! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. @si imut :) , try la dlu . belum cuba belum tau :)

      Delete
  3. Rajinnya dia.nampak sedap kek puding karamel tu.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Asyik tgk org lain buat..suatu hari nnti, lana akn pastikan lana buat!! >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. @lana . hehe , jom la buat kek ni , pasti x menyesal :)

      Delete
  5. nk try la..nmpk sdap lk..terliur tengok gmba uh! hehehe

    ReplyDelete