Assalamualaikum dan Salam Ramadhan :)
Hari ni dah genap 9 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni :D . Dan genap juga laa , blog ni tidak TERupdate selama seminggu , hikhik ;p . Bukan sebab malas atau sebagainya , hehe , cuma banyak urusan yang perlu diselesaikan . Ok laa, dak mau cerita panjang pasal diri ni , bukannya orang mau tauu jugak , hihih *keluar bahasa sabah ;p .
Sebenarnya hari ni mau kongsi hadis tentang Kelebihan Bulan Ramadhan ni, mungkin ramai sudah di luar sana yang tau kannn? , dak pala , tetap mau kongsi jugak , hikhik ;p . Lihat dibawah :
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila
telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan
diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan
Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn
Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan
dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari,
Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa
antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan
perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan
berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,
maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda :
Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah
kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau,
manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai,
maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang
menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina
atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri
Nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di
sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan
yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.-Hadis
riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Semoga kita diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa ini :) Amin Ya Rabb .
sumber: tadika.mytadika.com
salam ramadhan :)
ReplyDeletesalam ramadhan jgk :) selamat berpuasa :D
Delete