Saturday, 12 May 2012

Sebahagian Dari hakikat Cinta ♥

Assalamualaikum :)


Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.
Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang.

Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat.

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

                                    KREDIT TO : I LUV ISLAM.COM

✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

No comments:

Post a Comment