Wednesday, 9 May 2012

Kisah Burung Pipit

Assalamualaikum :)


Setelah beberapa jam duduk di depan laptop , sambil melihat post yang di buat di mukabuku , tiba-tiba terbaca plak post dari salah satu page ni yang menarik perhatian saya . Iaitu kisah tentang burung pipit , agak skema tajuknya tapi sama-samalah kita menghayati kisah ini :) .

                 Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Aku tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung : Aku tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.






Kesimpulan yang dapat di buat mengenai kisah ini ialah , semua makhluk yang wujud di dunia tak kira manusia , haiwan ataupun tumbuhan takkan terlepas dari pertanyaan Allah S.W.T di akhirat kelak , tentang apa yang mereka buat di dunia ni . Sama ada perkara yang baik ataupun buruk . Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara . 


KREDIT TO PAGE : TerrBBaaaaeeekkk




✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

No comments:

Post a Comment