Hai semua , hihi :D . Hari ni tak tau mau update pasal apa , bosan punya bosan , aku godek-godek google dan aku terjumpa resepi , iaitu *jengjengjeng KEK PUDING KARAMEL :D . Wahhhh , nama kek tu pun dah membuatkan aku berasa lapar , hihi :) . Sedapnyaaaa *blum buat lagi , tp tau dah rasanya memang sedap , 'pandai-pandai' jak . hihih . Ok, tanpa membuang masa jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuat kek puding karamel *nyumnyummmm :P .
Bahan-bahan (20cm)
Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
Sedikit esen vanila
Kek Span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega - dicairkan
Cara-cara
1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2.SEDIAKAN KARAMEL- campurkan gula dengan 1 sudu besar air , panaskan hingga menjadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api, tuangkan semasa panas-panas ke dalam loyang.
3.SEDIAKAN PUDING - panaskan susu dan gula hingga menjadi hancur dan padamkan api.
4.Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuang susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
5.Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
6.SEDIAKAN KEK SPAN - asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
7.Pukul pula telur kuning dengan separuh gula sehingga menjadi bentuk krim.
8.Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul perlahan-lahan sehingga sebati.
9.Ayak tepung ke dalam no.8. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup
balik.
10.Akhir sekali masukkan butter
yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi.
Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga
masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding
tu tak payah kukus or bakar dulu.)
12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
Inilah hasilnya . sedap laaa :D
Selamat mencuba :)
sumber;myresipi
Resepi - Kek Puding Karamel









