Sunday 19 August 2012

Salam Aidilfitri ♥

Assalamualaikum :)


Selamat Hari Raya semua ! :) . Maaf Zahir dan Batin jika ada terkasar bahasa , tersingung perasaan .Sesungguhnya diri ini hanyalah insan yang lemah tak terlepas dari melakukan kesalahan *cehh, ayat tu. Heheh.



Sambut laa Aidilfitri dalam keadaan yang sederhana, ingatlah insan yang kurang bernasib baik. 
Dengan itu, terima laa pantun ini . Heheh, sempat lagi berpantun ;p ;

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan




p/s: soryyy, entry pendek jak. Penat beraya seharian , hewhew =='





✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Sunday 12 August 2012

FAKTA tentang tidur !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)


TIDUR adalah masa untuk kita merehatkan badan dan minda setelah seharian penat bekerja, belajar dan dll. Tidur juga boleh mengembalikan semula tenaga kita dan akan kembali aktif selepas bangun dari tidur.

Semua orang suka tidur, termasuklah aku. HAHA :D .Dengan itu, hari ni mau berkongsi fakta menarik tentang tidur. Jom saksikan , eh jom baca . HIHIH :D



  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari. 
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit). 
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan. 
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan. 
  • Bermimpi adalah normal tak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti. 
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. 
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. 
  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah. 
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar. 
  • Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua
  • Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur. 
  • Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit. 
  • Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis. 


NOTA KAKI:

Tempoh Tidur Mengikut Usia

UsiaJumlah tidur purata seharian
Baru lahirsebanyak 18 jam
1-12 bulan14–18 jam
1-3 tahun12-15 jam
3-5 tahun11-13 jam
5-12 tahun9-11 jam
Remaja9-10 jam
Dewasa, (termasuk golongan tua)7-8 (+) jam
Wanita hamil8 (+) jam

Hutang Tidur

"Hutang tidur" adalah kesan kekurangan rehat dan tidur.Hutang sebegini yang besar boleh mengakibatkan keletihan mental dan fizikal. Para saintis tidak sebulat suara mengenai berapa banyak hutang tidur yang boleh dikumpul atau kejadian hutang tidur di kalangan orang dewasa makin menjadi-jadi di negara-negara berindustri atau pada zaman-zaman terkini. Ada kemungkinan bahawa kanak-kanak masyarakat Barat zaman sekarang makin kurang tidur berbanding zaman dahulu.

p/s: Tidur berlebihan pun tak elok, kekurangan tidur pun tak elok, jadi pandai-pandai laa mengatur masa tidur kita supaya tidak kekurangan dan keterlebihan tidur :D

sumber: google,wikipedia


✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Friday 10 August 2012

LAILATUL QADAR malam yang dinanti oleh Mukmin

Assalamualaikum :)



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatul qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatul qadar. Lailatul qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".



Sebab turun surah al-Qadr

Lailatul qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatul qadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut;

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatul qadar

Kerana mulianya Lailatul qadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatul qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatul qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul qadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatul qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan.

Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatul qadar itu adalah malam 27 Ramadhan

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. 

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatul qadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut;

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku"

Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa.

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatul qadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. 

Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatul qadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatul qadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatul qadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul qadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatul qadar.


Semoga kita semua ditemukan dengan malam LAILATUL QADAR . InshaAllah :')



sumber:al-azim

✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Wednesday 8 August 2012

Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum :)






Sopan itu cantik :')


✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Tuesday 7 August 2012

Best Quotes #1 : Beautiful ♥

Assalamualaikum :)







: You're beautiful just the way you are :)


p/s; tiada idea mau update entry sudah , kihkihkih ;p , layan jak laa entry ni . Heheh :D . Kepala otak tengah KOSONG-KOSONG OOOOOO OONGGGGGGGG =='
✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Wednesday 1 August 2012

Wordless Wednesday #7

Assalamualaikum :)





: Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang. PerancanganNya adalah paling terbaik untuk hambaNya.





✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿