Monday 30 July 2012

Info Kesihatan - KHASIAT BUAH KURMA

Assalamualaikum :) 


Hari ni mau bercerita pasal kurma pulak, Lihat dibawah :) : 


--Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.

--Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. 

--Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. 

--Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah S.A.W

--Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak.

--Rasulullah S.W.T telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

--Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W

--Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatina Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa A.S sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :



Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak
                                                                                                                         (Surah Maryam : 25)



 --Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. 


--Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. 


--Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.


--Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. 


--Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.


--Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah S.A.W menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :


"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasullullah S.A.W akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. "
                                                                                                                            (Hadis riwayat Ahmad)

--Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita 
berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Baginda berkata :


"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih."


 --Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. 


--Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah S.W.T


Kesimpulannya disini , makan kurma bagus untuk kesihatan kita terutama pada Bulan Ramadhan ini , haruslah memakan kurma dahulu sebelum kita menjamah makanan-makanan yang berat . Sekian dari saya , Hikhik :D . Peace (^_^)v




Kurma Yusuf Taiyoobbbbbbbbbbbbbbb *nada-nada berbisik , hihi ;p
                                               





✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Sunday 29 July 2012

Hadis - Kelebihan Bulan Ramadhan



 Assalamualaikum dan Salam Ramadhan :)

Hari ni dah genap 9 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni :D . Dan genap juga laa , blog ni tidak TERupdate selama seminggu , hikhik ;p . Bukan sebab malas atau sebagainya , hehe , cuma banyak urusan yang perlu diselesaikan . Ok laa, dak mau cerita panjang pasal diri ni , bukannya orang mau tauu jugak , hihih *keluar bahasa sabah ;p . 

Sebenarnya hari ni mau kongsi  hadis tentang Kelebihan Bulan Ramadhan ni, mungkin ramai sudah di luar sana yang tau kannn? , dak pala , tetap mau kongsi jugak , hikhik ;p . Lihat dibawah :




1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila 
telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan 
diikat segala syaitan.  -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan 
Baihaqi-  

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W  telah bersabda yang bermaksud 
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan 
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn 
Habban dan Baihaqi-  

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang 
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan 
dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. -  Hadis riwayat Bukhari, 
Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-  

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus 
apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus 
apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa 
antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan 
perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah  : Maka aku tahu perkara itu akan 
berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, 
maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : 
Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah 
kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, 
manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: 
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya 
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, 
maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka  dia dilarang 
menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina 
atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri 
Nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di 
sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan 
yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.-Hadis
riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Semoga kita diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa ini :) Amin Ya Rabb .

sumber: tadika.mytadika.com


✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Sunday 22 July 2012

Kisah Renungan

Assalamualaikum :) 

Dia adalah penarik beca selama 20 tahun yang telah menderma sebanyak RM150,000 untuk membantu 300 pelajar yang amat miskin.

Pada satu musim salji, beliau telah memberi RM250 terakhirnya untuk cikgu2 pelajar tersebut dan berkata, "Ini adalah derma terakhir saya kerana saya sudah tua dan tidak dapat bekerja lagi". Beliau meninggal dunia pada umur 93. Namanya Bai Fan Li. 



: Anda tidak perlu menjadi kaya sebelum anda menolong orang yang susah.





P/S : Bagaimana kita sebagai umat Islam yang tahu besarnya pahala sedekah? bagaimana kita di bulan ramadhan pahala yang berlipat ganda ? Fikir-fikirkan dan amalkan :)

credit to : News Media Network
✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Friday 20 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ♥

Assalamualaikum :) 

Alhamdullilah kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk menyambut bulan Ramadhan tahun ini . Bulan yang penuh keberkatan sama-sama laa kita bermuhasabah diri :) . Mudah-mudahan Ramadhan pada kali ini penuh makna dari tahun-tahun sebelumnya . Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan kata :)







p/s ; Kerana gelap malamMu aku terjaga, keranaMu ku bergerak melangkah menuju mentariMu, Ku sambut pemberianMu, dengan harapan ku dapat kerinduanMu . Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada Umat Islam di seluruh dunia :)

: Puasa ! jangan tak puasa . Hewhew :)



✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Tuesday 17 July 2012

Info Menarik- 20 Sempadan negara-negara di dunia yang pelik

Assalamualaikum :)

Bertemu lagi dalam My blog not Diary,  hehe :p . Blog ni jarang menceritakan kisah-kisah peribadi aku, sebab my peribadi is my secret , Haha . secret la sangat . Sebenarnya aku ada terjumpa info ni ketika sedang berjalan-jalan di google , Hahaha , *merepek jak ;p . Dan di sini , aku mau berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai 20 sempadan negara-negara di dunia yang pelik dan unik . Lihat jak gambar di bawah ini :


Sempadan antara Belanda, NL  & Belgium, B (kedai kopi)

Sempadan antara Sweden & Norway

Sempadan antara Amerika Syarikat & Mexico

Sempadan antara Scotland & England (Ladang)

Sempadan antara UTAH,COLORADO,NEW MEXICO & ARIZONA

Sempadan antara Indonesia & Malaysia

Sempadan antara Sepanyol & Portugal (Batu)

Sempadan antara Korea Utara & Korea Selatan

Sempadan antara TAJIKISTAN & UZBEZKISTAN

Sempadan antara Perancis & Sepanyol

Sempadan antara China & Pakistan

Sempadan antara Perancis & Itali

Sempadan antara Magribi & Algeria
(Bendera merah bangunan (Maghribi) dan bendera bangunan
Hijau dan putih (Algeria) 


Sempadan antara Cuba & Amerika Syarikat
(Garis pemisah antara musuh-musuh ketat Cuba dan Amerika Syarikat semasa tanggungjawab yang duduk di Guantanamo)

Sempadan antara IOWA & NEBRASKA

Sempadan antara India & Nepal

Sempadan antara Pakistan & India

Sempadan antara LAOS, MYANMAR & THAILAND

Sempadan antara ARGENTINA, BRAZIL & URUGUAY

Sempadan antara Jerman, Czech & Ausria 
(Wanita di Jerman berdiri bersebelahan dengan label pemisah di antara mereka dan 
sempadan Czech dan Austria) 

sumber: google











✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Sunday 15 July 2012

Muhasabah Diri #2- Senyumlah ♥

Assalamualaikum :)








' Sentiasa laa tersenyum :) '
 * tapi jangan la senyum-senyum sendiri , nanti  disangka tak siuman pulak . HEHE :D . 


p/s; Senyum laa dengan orang sekeliling , walaupun tengah bersedih . Senyuman itu satu sedekah :) 


          


                                                                                                                                         With smile ;
                                                                                                                                         Kasmiyati.A :)



✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Friday 13 July 2012

Muhasabah Diri #1- Bersangka baik ♥

Assalamualaikum :) 




' Hanya Dia yang tahu apa terbaik untuk kita :') ' 


p/s; ni jak mampu di update , kepala fening-fening lalat . HAHA :D
✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Wednesday 11 July 2012

Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Senyuman pada wajah tidak semestinya menggambarkan kegembiraan 
dan kesenangan di hati.Kadang-kala kita tersenyum dan tertawa untuk
menyembunyikan kesedihan demi kegembiraan orang lain :')

p/s : wahhh , tak sangka aku boleh tulis ayat begitu , puitis sangat tu . Haha :D
✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Monday 9 July 2012

Resepi - Kek Puding Karamel

Assalamualaikum :) 

Hai semua , hihi :D . Hari ni tak tau mau update pasal apa , bosan punya bosan , aku godek-godek google dan aku terjumpa resepi , iaitu *jengjengjeng KEK PUDING KARAMEL :D . Wahhhh , nama kek tu pun dah membuatkan aku berasa lapar , hihi :) . Sedapnyaaaa *blum buat lagi , tp tau dah rasanya memang sedap , 'pandai-pandai' jak . hihih . Ok, tanpa membuang masa jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuat kek puding karamel *nyumnyummmm :P .

Bahan-bahan (20cm)

Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
Sedikit esen vanila

Kek Span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega - dicairkan

Cara-cara

1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.

2.SEDIAKAN KARAMEL- campurkan gula dengan 1 sudu besar air , panaskan hingga menjadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api, tuangkan semasa panas-panas ke dalam loyang.



3.SEDIAKAN PUDING - panaskan susu dan gula hingga menjadi hancur dan padamkan api.

4.Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuang susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.

5.Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

6.SEDIAKAN KEK SPAN - asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang. 

7.Pukul pula telur kuning dengan separuh gula sehingga menjadi bentuk krim.

8.Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul perlahan-lahan sehingga sebati.

9.Ayak tepung ke dalam no.8. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

10.Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)

12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Inilah hasilnya . sedap laaa :D  
Selamat mencuba :)

sumber;myresipi

✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Saturday 7 July 2012

I can be teacher?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera :)


Tajuk entry di atas sudah menerangkan apa yang aku hendak sampaikan hari ni. hihi :D .
Persoalannya di sini I can be teacher? " . Tak dapat jadi cikgu sekolah rendah ataupun sekolah menengah , jadi cikgu Tadika pun boleh laaa . hehe :D . Lagi senang mau ajar budak-budak ni kann ? , dorang senang mau pick up apa yang di ajar kepada mereka . Maklum laa  budak-budak , otak mereka masih fresh lagi , hihi . 


Nahh , see the picture :P





Ada gaya macam cikgu tak ? hahah :D . Siap pakai tanda nama lagi , hihi ;p


Labels : Angan-angan Vs perasan . hikhik 

✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Thursday 5 July 2012

Air Tasik Berwarna Pink Di Senegal

Assalamualaikum :)

Haiiiiii *sambil lambai-lambai tangan , hihi . Nak kongsi artikel menarik ni tentang air tasik yang berwarna pink di Senegal , first impression bila baca jak artikel 'woww, cantiknyaaaa' . Terdetik di hati *SubhanAllah , sungguh cantik ciptaan mu Ya Allah . Jom baca artikel sepenuhnyaa . 


Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.
Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.








Sekali pandang suasanna di sana, seperti macam laut pula. Tapi menurut sumber ia adalah sebuah kawasan tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat. Satu fenomena seperti ada peristiwa berdarah yang sedang berlaku di sana.
P/s : teringinnya nak pergi tasik pink tu , lihat dengan mata sendiri . heheh . Tapi jauh sangat pulak , dak pala , tengok gambar pun jadi laaa . heheh :D
Sumber;melayukini


✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Wednesday 4 July 2012

Salam Nisfu Syaaban ♥

Assalamualaikum dan Salam Nisfu Syaaban :)



Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban.

Nabi bersabda, "Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam Nisfu Sya'ban.


# Mohon maaf atas segala silap dan salah, sesungguhnya diri ini hanya insan yang lemah tak lari dari melakukan kesilapan  :) . Singkirkan segala perasaan iri hati , sakit hati , segala penyakit hati laa , Heheh . Jom mulakan kehidupan yang baru :)



✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum :)


Hari ni hari rabu ,dak banyak kata-kata boleh di luahkan . hihi :D . Just see the picture .



I respect him , semoga Allah membalas kebaikan yang dilakukan oleh budak lelaki ini :')


✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Tuesday 3 July 2012

Subhanallah! Pantai Tanpa Laut

Assalamualaikum :)



Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut yang luas. Namun di Sepanyol tedapat pantai yang dikenali sebagai sebagai The Gulpiyuri Beach. Ia adalah pantai tanpa laut.
Subhanallah! Pantai Tanpa Laut  | Selama ini kita hanya dapat mendengar, jika ada pantai, tentu ada lautnya. Namun ini yang berlaku sebaliknya. Terdapat sebuah lokasi tetapi bukan di Malaysia yang mana terdapat pantai yang ia tidak mempunyai air laut seluas yang biasa kita lihat. Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach adalah sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol. Yang menariknya ia merupakan sebuah pantai tanpa laut! Terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Di antara kawasan pantai dan laut dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda kan merasai ombak seperti biasa dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut.




Subhanallah , sungguh agung alam ciptaan mu Ya Allah :')


sumber;myberita

✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿

Monday 2 July 2012

Akhirnyaaaa ! :D

Assalamualaikum :)


Pertama sekali mau ucap TAHNIAH SPAIN sebab menjuarai EURO 2012 !  hehe . Kepada  Italy , sabar jak laa . Lain kali cuba lagi . Hihihi :D


Ok laa , back to the topic . Akhirnyaa aku buat TWITTER jugak , hihih , mungkin agak ketinggalan zaman sikit , *baru pulak mau buat twitter , orang lain dah berRibu-ribu followernya , Hihih , dak pala . Semenjak dah abis stpm ni , kerja sampingan di rumah online jak laa , hihihi . Dan di situ laa terdetik di hati mau buat BLOG dan TWITTER , :D . Akhirnyaa , terjadi laa Blog ni *lihat gambar di bawah :)






Sebulan kemudian pulak , * lebih kurang laa , heee:) lahir laa TWITTER *lihat gambar di bawah :)




Wahhh , dua-dua pink pulak . Heheh . I like pink :) . Jom laa follow blog dan twitter aku ni . heheh . * mengamalkan prinsip ; u follow me , i follow u back . Thank Youuu ^^

✿Terima Kasih Kerana Membaca . Sila Datang Lagi✿